PENANG KERETA SEWA - EZY CAR RENTAL
Kami menyediakan perkhidmatan sewa kereta dengan harga yang berpatutan dan memenuhi keperluan serta keselesaan anda di Pulau Pinang. Hanya dengan dokumen mudah sahaja.
Kereta-kereta yang ada:
PERODUA VIVA 1000 CC (AUTO)
1 HARI = RM 100.00
3 HARI = RM 90.00/PER HARI
1 MINGGU = RM 600.00
PROTON PERSONA 1.6 (AUTO)
1 HARI = RM 150.00
3 HARI = RM 140.00/PER HARI
1 MINGGU = RM 900.00
PROTON WAJA 1.6 (AUTO)
1 HARI = RM 110.00
3 HARI = RM 100.00/PER HARI
1 MINGGU = RM 660.0
PROTON WIRA 1.5 INJECTION (AUTO)
1 HARI = RM 100.00
3 HARI = RM 90.00/PER HARI
1 MINGGU = RM 600.00
Terma dan syarat:
- Salinan Kad Pengenalan/Passport/Pas Pelajar dan Lesen Memandu yang sah dan belum tamat tempoh,serta bil utiliti (bil air/elektrik/astro).
- Deposit minima RM 100.00 dikenakan semasa menyewa (mengikut jenis kereta). Deposit akan dikembalikan sekiranya kereta dikembalikan dengan baik. Jika tempahan dibatalkan,hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh kereta diambil,jika kurang dari tempoh tersebut,deposit tidak akan dikembalikan.
- Caj dikenakan setiap penghantaran dan pemulangan kereta mengikut kawasan. Contoh : Penang Airport,RM 20.00(hantar dan ambil),Terminal Bas Sungai Nibong(percuma).
- Tiada diskaun pada hari Cuti Umum dan Cuti Sekolah.
- Sewaan minimum sehari/24 jam.
- Waktu penghantaran dan pemulangan kereta sekitar jam 8.30 pagi sehingga 10.00 malam, jika di luar waktu urusan,caj RM 20.00 dikenakan. Pada hari Jumaat,rehat untuk solat Jumaat dari jam 12.30 sehingga 2.30 petang. Penghantaran dan pemulangan kereta hanya akan dibuat sebelum dan selepas tempoh tersebut.
- Kereta yang lambat dikembalikan akan dikenakan caj RM 10.00 (mengikut jenis kereta) bagi setiap jam. Jika lewat lebih daripada 4 jam,caj sehari akan dikenakan.
- Sekiranya penyewa tidak mengembalikan kereta melebihi tempoh 12 jam dari tempoh penyewaan tanpa sebarang makluman/pemberitahuan kepada pihak kami,laporan polis akan dibuat terhadap penyewa.
- Penyewa akan menjaga kereta sewaan dengan baik.
- Penyewa akan mematuhi segala peraturan jalan raya, dan menjadi pemandu berhemat.
- Penyewa tidak menggunakan kereta ini untuk tujuan jenayah/ maksiat/ penyeludupan dan perlumbaan.
- Penyewa tidak dibenarkan menukar,mengambil sebarang alat ganti terhadap kereta yang disewa.Laporan polis akan dibuat ,kes curi spare part kenderaan.
- Penyewa juga berjanji akan menanggung sebarang kerugian, kerosakan dan saman sekiranya berlaku semasa dalam tempoh sewaan.
- Jika kereta yang disewa terlibat dalam kemalangan dan dimasukkan ke bengkel,penyewa perlu membayar separuh daripada kadar sewa sepanjang tempoh tersebut serta kos pembaikan kereta.
- Penyewa wajib menjelaskan segala baki tertunggak, kerosakan kenderaan luaran dan dalaman, saman, kompaun jika terdapat semasa tempoh penyewaan.
- Sekiranya didapati bahagian dalam kereta tertumpah air atau makanan,contoh terkena coklat pada kusyen/air tertumpah di dashboard kereta,panel pintu atau kusyen, caj akan dikenakan.
- Haiwan peliharaan, durian dan minuman keras,dilarang dibawa masuk ke dalam kereta sewa.
p/s : Hubungi untuk lain-lain kereta.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS 013-4996622 (FAIZ)
No comments:
Post a Comment